Friday 7 October 2011

Pilihan yang ada sekarang ialah samada ingin mengelak daripada terjebak dengan perkara haram dan larangan agama atau menikah awal apabila sudah sampai seru atau boleh jadi sudah dihukumkan wajib nikah.Yang pastinya setiap orang InsyaAllah akan melalui frasa perkahwinan, namun cara dan bagaimana perkahwinan itu hanya Allah SWT sahaja yang menentukan.Kita sebagai hambaNya,sebaik-baiknya berdoa agar ...beroleh yang terbaik dan selayaknya kurniaan Allah SWT untuk diri kita semua.

Namun atas sebab nipisnya iman dalam diri,lalu sukar mengawal nafsu ditambah pula proses urusan berkahwin yang mahal,ada juga yang melakukan hubungan terlarang dan akhirnya melahirkan anak luar nikah yang tidak dikehendaki sehingga ada yang nekad membuangnya.Alangkah baiknya jika urusan nikah mereka dipermudahkan,pastinya bertambah khalifah Allah SWT di mukabumi ini sekaligus mempermudah urusan dakwah Islamiah

No comments:

Post a Comment